bihahjo's


Entries About INSTAGRAM TWITTER FOLLOW DASHBOARD


welcome


credit to: @shannonqs_95 on WHI
i guess sharing my memories won't hurt anyone?

Tagboard





Followers


Old Entries



Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Header : BaekYeol+NabihahJohan

141219 - Exploration in Malaysia


Hi! Haritu I pergi EXO Planet #5 - Exploration in Malaysia dekat Axiata Arena. So harini I nak cerita from ticketing day sampailah hari kejadian. But sebelum tu I nak bagitau yang I tak guna duit biasiswa untuk beli tiket konsert ni. Sebab I tau ramai je yang fikir macamtu. Lagipun ticketing pun sebelum dapat duit biasiswa. FYI I start saving up sejak tahun lepas sebab ada rumour pasal EXO nak datang Malaysia  this year (but then I guna untuk Blackpink hahaha) tapi I sambung kumpul duit sampailah bulan 11. Cara I simpan duit? I letak setiap RM1 yang I dapat dalam tabung besi yang susah nak bukak tu. Kadang-kadang ada duit lebih I letak je jugak sekali dalam tu.

  • Ticketing (8/11/2019)
I join ticketing masa priority sales yang malam punya sebab yang pagi tu website crashed so taksempat beli. Yang hebatnya wifi UPM biasanya lembab nak mampus tapi malamtu laju gila???? Dalam masa 4 minit je I dapat confirmation email yang I dah berjaya book tiket hshshshs. So camz bersyukur gak aa. Tapi masatu cam nervous sebab dia kata kalau berjaya book tiket tak bermakna berjaya beli sebab tax invoice semua belum dapat. Tax invoice tu I dapat a day after booking, and I buat payment manually sebab Star Planet tak tolak lagi duit I masatu. First time tau I berharap duit I ditolak dengan cepat hahaha. Ok so lepas dah dapat tax invoice semua, kiranya dah confirm la yang I dah purchase ticket tu. Masa booking tu I opt for Rock Zone X sebab fikir priority sales mesti queue number rendah kan.... tapi.... jeng jeng jeng

  • Ticket collection
I opt for ticket collection dekat box office Star Planet, so I ajak Alia teman pergi collect tiket dekat Pudu naik LRT. Thanks geng sudi layan walaupun baru je lepas test masatu hehe lebiu. This year Star Planet buat queuing system so queue number tu katanya akan digenerated on tickets. So kiranya masa I collect tiket tu baru I tau queue number I berapa. Turns out... queue number I 872 hshshshs. Out of 1500 people. Tak ke tenggelam aku dalam lautan manusia.. dahlah pendek. So masatu cam redha sebab tengok orang lain yang beli masa priority sales pun senasib je dengan I. Sedih betul.

  • A week before concert
Seminggu sebelum konsert, I dapat DM kat my twitter fan account yang dia nak trade rock zone tickets dengan I. Reason dia katanya sebab tak nak terpisah dengan kawan. Masa concert day I baru tau rupanya kawan dia tu Asyura Hatta hshshshs kelakar betul, keciknya dunia. Kiranya dia bagi I dia punya Rock Zone E, I bagi dia Rock Zone X. Dia punya queue number masatu 304. I pun macam takleh brain kenapa dia sanggup tukar dengan queue number yang lagi teruk... tapi I macam takpela.. my luck kot hahaha. Lagipun Baekhyun dengan Sehun (my bias + bias wrecker) banyak pergi left side (Rock Zone E), so macam I onz je lah. So Jumaat tu kitorang jumpa kat NU Sentral, and successfully traded our tickets. Lepastu I dengan Alia pergi tengok wayang haha thanks sekali lagi geng sebab layan I. *puppy eyes*

  • Few days before concert
I tak ingat hari apa but beberapa hari before concert, Star Planet buat announcement pasal queue number. Guess what? Dia kata queue number yang atas tiket tu bukan queue number pun. Sebab ramai yang complain beli priority sales, tapi yang beli masa general sales dapat queue number jauh lagi elok. So I appreciate gila effort Star Planet sebab sanggup generate new queue numbers. So my new queue number? 145! Over 1500 people! Ahhhh didn't know that I'd be that lucky. A day before concert, I buat slogan banner for Baekhyun and Sehun with hope that dorang akan notice I hshshshs. Kena notice ke tak? Stay tuned to disney chanyeol.


(Yang bawah tu sebab ingatkan kat Malaysia ada jugak dorang baling signed balls. Heh.)

  • Concert Day! (14/12/2019)
I gerak pergi venue dalam pukul 10:30 a.m. Took my breakfast at around 8 a.m dengan Alia and Shina. Alia tolong makeupkan I hehehe masheh sekali lagi geng. First time I rasa I cantik hshshshs. I pergi venue naik LRT, from LRT Sungai Besi ke LRT Bukit Jalil satu stesen je so ok la. Sampai je venue, I jumpa dengan a friend I made from Twitter, Mira! Sebenarnya I nervous nak jumpa dia sebab I'm verrrryyyy awkward tapi Alhamdulillah ok saja semuanya sebab dia pun friendly je hehe. Tens Mira sebab sanggup tunggu I yang lambat ni huhu. Lepastu kitorang pergi collect freebies, ambik gambar kat photobooth etc. Tapi cam tak puas hati sebab photobooth dia tak ada gambar EXO.. ada gambar poster bumi dia tu je heh. Before masuk stadium tu, hujan tak berhenti tapi tak adalah lebat mana. I bawa payung so hujan tu tolerable. Then ada sorang lagi kawan I dari Twiitter jumpa masa queue untuk bergambar tu. Nama dia Zona! Hehe.



(Gitchew.)


(Freebies collected! Ehem ok ada je yang beli)


(The so-called-photobooth. Tens Zona tangkapkan gambar)


(Ribbon tu tercicir masa konsert.. sobs)


(Mira!)

Lepas dah bergambar, kitorang pergi dekat assembly place. Then letak our belongings kat storage counter. Kitorang dibenarkan bawak masuk beg no bigger than A4 size.. so I bawak masuk drawstring bag je. Sumbat lah semua dompet powerbank slogan banner semua tu ugh. Padahal orang lain rilek je bawak masuk beg besar. Lepas dah letak barang semua baru boleh masuk dalam untuk queue ikut queuing number. I dapat the first section, satu section tu 200 orang. Beratur ikut row. Satu row ada 25 orang. 




(Another freebies! I raised this slogan je masa konsert.)

End up tak angkat pun banner yang I DIY sebab sesak sangat lol dumbo. menyesal




(My lucky number! Dekat-dekat je dengan anniversary EXO-L: 1485. Hehe)

Dalam beberapa jam lepastu, kitorang masuk dalam venue konsert. I suka queuing system dia sebab tak payah berebut dengan orang lain yang scary hhhhh. Dia lepaskan kitorang ikut row, so kiranya row I yang keenam. Masatu I camz dah boleh agak barricade semua akan full tapi cam takpela. Bila masuk tu I macam AAAAAA betul ke ni sebab tak pernah duduk rockzone pit untuk konsert EXO... guna duit sendiri.... rasa macam jhdjdwfnewfw. Sebab yang Twice punya haritu pun dapat free.. soundcheck Blackpink pun. So camz rasa terharu haha. Pastu I ingatkan orang lain akan duduk sebab konsert start pukul 6. Tapi dorang semua berdiri aku macam serious aa??? Ok. Pastu baru teringat I tak beli mineral water ugh bodoe. Maka dehydrated lah seketul Nabihah. Ok takdela, mujur I ada beli himalaya salt (energy) candies. Penyelamat. So kiranya tu la lunch I. Oh btw I dapat second row, tak dapat barricade but it's okay. I dapat tempat yang I aim iaitu between centre stage dengan extended stage! Alasan dia sebab nak tengok performances tapi nak juga interact dengan EXO. Yay!


(The lucky stairs. Sebab Kai dengan Baekhyun guna tangga ni hshshshs)

Konsert belum start pun orang belakang dah start pushing each other. Sumpah serabut haha tapi tu la.. what to expect. Heh. Sebelum konsert start, dorang akan pasang lagu Moonlight. Masatu la THE CROWD GONE WILD. Sampailah habis konsert semua macam zombie kelaparan.. takodt. Pastu habis je lagu Moonlight, keluarlah the first VCR. Lepas VCR tu EXO muncul sambil nyanyi lagu Tempo hshshshshs. Chen's I CAN'T BELIEVE tu macam kena je dengan perasaan I masatu haha.


(Masani satu stadium WAAARGGGHHHHHHH. Ok jap mana Chen haha)

Maka bermulalah fasa zombie yang wild gila. Everyone kept on pushing each other, orang sebelah I tak habis-habis jerit "DONT PUSH!!!" as if orang lain akan dengar cakap dia hahahaha kesian dia. Basically masatu I dah start kena himpit, kepala kena tonyoh haha. Maybe first and last time kot duduk rockzone pit untuk EXO punya konsert. Tapi best je sebenarnya bila EXO betul-betul depan mata hshshs so might reconsider hehe. So lagu pertama ialah Gravity. I suka gila choreography Gravity. Masa EXO kat main stage, I tak nampak pun sebenarnya. Orang lain semua tinggi-tinggi, so I memang nampak kepala, phone and lightstick dorang je. Sedih. Menyesal gak aa tak pakai platform shoes sebab fikir tak nak sakit kaki... padahal pakai kasut sukan pun sakit gak kaki. Cuma kurang la kot kesakitannya hu hu hu.


(This is my real view untuk main stage.....or maybe worse)

Bila EXO dah sampai kat centre stage baru boleh nampak dengan jelasnya. Sumpah I masatu macam terpegun. Macam tak percaya je orang yang I tengok dalam skrin je selama ni duduk depan mata. The first member yang I tengok = Chanyeol. Chanyeol sumpah handsome gila. Dalam gambar handsome, kat depan lagi lah omg hshshs. Big 100% for his hairstyle. Dia dahlah tinggi aaaaa pastu charismatic nak mamp0s. Pastu orang kedua ofcoz Baekhyun. Baekhyun handsome gak hshsshshhs bunoh jela aque. Pastu habis lagu Gravity Baekhyun lalu depan aku HSHSHSHSHS AAA MY LIFE IS COMPLETE YALL.


(Hello Chanyeol tengok I ke tu.)


(Ehem Baekhyun, bismillah Assalamualaikum jodoh)

Habis je lagu Gravity, sambung pula dengan UN Village stage! I macam omg finally boleh tengok live??? Rolling rolling hill???? AAAA. Suara live Baekhyun sama je macam studio version so kalau nak rasa dengar live, dengar je 8D Audio.. sama je, sumpah. I ada tengok fancam yang Baekhyun tersengih turun tangga lepas habis UN Village stage ni, probably dia suka kitorang punya fanchant yang kuat terox haha. Korang try la search fanchant UN Village under hashtag #ExplorationinMY kat twitter. Baekhyun putih gila dahlah kulit cantik I rasa nak nangis sebab I pun tak putih macamtu hshshs. Lepastu I suka the fact yang lightstick boleh sync, so jadilah pink ocean aaa cantik.


(I'm proud of u bb, I tunggu ok you punya solo concert)

Lepas UN Village, lagu 24/7. I suka gila stage untuk this year punya konsert sebab cantik teruk dia punya setup. Bak kata Anep brgs*ks macam dalam movie Now You See Me hahaha.


(Credit to syuentong_43 on Twitter)



(Kai ni flirty nak mampus T___T)

Ok lepas lagu 24/7, lagu Love Shot. Antara performance yang I tertunggu-tunggu sebab its iconic and legendary choreography. Masa Love Shot ni pun I boleh tengok dengan jelas so macam A BIG YAY FOR ME. 


(I baru tau choreographer EXO kata pistol bentuk L tu represents EXO-L. Brb crying)


Lepas lagu Love Shot, lagu Ooh La La La = one of my fav EXO's songs! Baekhyun lalu depan I  pastu I ingatkan spot dia untuk lagu ni kat depan I, rupanya kat hujung extended stage belah kiri. Aque kecewa. Tapi takpela Kai pun oki apa. I mean, LOOK AT HIM. He's hot hshshss.


(I rasa dia boneless. All of his moves = 100000%)

Lepastu lagu Monster, Oasis, Been Through semua dekat main stage. So I tak nampak, tengok through phone je. Tapi Been Through ok la nampak sikit sebab Suho duduk atas stage yang tinggi sikit. Monster punya fanchant kuat gila walaupun ada part yang satu stadium salah fanchant. Been Through dekat Malaysia versi halal tau (Suho didn't strip off his shirt) sebab dorang hormat culture and agama kita he he he. Papepun I enjoyed his performance! Lepas tiga lagu tu, Chen punya solo part! Chen nyanyi lagu Lights Out, one of my fav EXO's songs too! Dia punya suara best gila aaaaaaaaaaa patutlah menang Daesang. THE NATION MAIN VOCALIST, INDEED.



Lepas Chen's solo part, EXO-SC (Sehun and Chanyeol) punya turn! Lagu What A Life and Closer To You. I suka jugak performances dorang sebab macam fun gila?? Fanchant pun more to sing-along hahahaha best gila. 



(Two finest hoomans alive.)

Here comes the best part! Lagu Falling For You. Sebab time lagu ni EXO macam free to roam anywhere on stage hahaha so my area mostly Sehun and Suho datang. Chen mostly pergi belah kanan. Kai pun sekali dua je. Baekhyun pun datang cuma dia banyak lalu je, tak berhenti lama pun macam Sehun. Sobs. I rasa masani I dah start rasa macam mayat hidup sebab crowd sumpah tak chill. 


(Bang Suho. Nape handsome sangat)


(Ni la manusia yang tak reti nak berhenti depan I. Nasib comel.)


(Sehun IS UNREAL.  NOT TRYNA BE DELUSIONAL BUT DIA TENGOK I GAIZ.)

MY LIFE IS COMPLETE, AGAIN. Sehun handsome gila gila gila... 


(Sorry Sehun for the nightmare sebab masani mungkin muka I tak macam orang dah.)

 

(Hello Jongdae yang jarang datang dekat I! Ugh.)

Lepas lagu Falling For You, lagu Wait and Power. Wait stage pun I suka gak sebab harmonisation dorang power gila. Pastu ada chanbaek moments haha Baekhyun accidentally hurt Chanyeol's legs with his microphone. Masani Kai nampak penat haha tapi he's still handsome as ever. Lepastu masa lagu Power, they're free to roam around again! Yay.


(Cute......)


(Yep. The only time yang Baekhyun //read: my happy pill// stopped in front of me.)

He's the cutest and sweetest. Hmm rindu.


(During the ment. I suka la Chanyeol sebab dia selalu pandang belah kiri hehe lebiu)

Lepas Power stage, turn Kai pula for his solo stage: Confession! Kai punya solo part pun versi halal hahahaha kat sini dia pakai sleeveless top. His dance moves are 1000000%.


(Belakang pun handsome)


Bad Dream, Damage, Growl, Overdose & Call Me Baby mostly dekat main stage. So I tak nampak, again. Growl dengan Overdose je nampak sekejap sebab dorang datang kat centre stage. I suka gila lagu Bad Dream hshshshshs best gila live performance lagu ni. Solo Sehun lepas lagu Damage pun I tak record sebab tangan lenguh yang amat dah masatu. I was literally shaking lol. Here comes another best part! Encore stages: Unfair, On The Snow and Smile On My Face.


(He can be both Kim Kai and Kim Jongin. And also.. Nini, the cutest.)



(Hi Loey and Nini's stans!)


(I was hoping for him to dye his hair to black or brown tapi takpela silver pun cute)


(Chanyeol with his cubic game)


(Ada orang bagi Jongin mentos. Pastu dia makan & bagi kat members lain haha)


(I takleh move on la dengan dia ni. Handsome sangat.. haih)

Highlight of the night: EXO-Ls demanded for Obsession stage! Sebab insiders kata Obsession ada dalam setlist so of course we had our hopes high. Kitorang chant "OBSESSION" hahaha mula-mula dorang tak faham ingatke kitorang chant OH SEHUN lepastu baru dorang faham. Thanks to Kai, the members agreed to perform Obsession. Walaupun crack version and tak full pun, tetap rasa special uwU tens bois.


(Gigihnya demi memenuhi hasrat peminat. Hehe u guys da best)



Muka barai. Anak tudung pun dah letak dalam poket sebab tercabut time konsert haha bodoe. Boleh la ye korang bayangkan betapa wildnya crowd rockzone pit. Tudung pun i buat loose style je tu sebab tudung pun hancur tertarik ke belakang semua masa konsert. Tengok la baju I jadi crumpled sebab drawstring bag I tu tak boleh galas. I malas nak pegang sebab nak pegang phone and lightstick. So I came up with a solution: Ikat dekat baju hshshshshs GENIUS. 


Ok I rasa tu je kot. Our dresscode fanproject berjaya sebab dorang tegur. Chen pandai sebab teka betul, dresscode kitorang ikut tema lagu Universe. Sehun ingat kitorang ikut suggestion dia, sebab masa fansign haritu ada Indonesian EXO-L tanya dia nak dresscode apa for concert in Indonesia, he said Beige. Padahal fanbase dekat Malaysia dah lama rancang haha comel je kebetulan sama. Sehun cakap Malaysia is his favourite (Walaupun I rasa dia cakap macamni kat semua countries) tapi ok la kita percaya sebab Sehun upload gambar view KL dari hotel dia and also masa rehearsal. Sehun & Chanyeol kata nak datang balik as EXO-SC.... we'll wait and see! Hehe. Suho kata please wait for them tapi dia dah enlist next year. Sobs. And most probably, no EXO Planet #6 dalam masa yang terdekat, but maybe ada solo concerts and SMTown in Malaysia! 


The end! Thanks for reading. Imma share Baekhyun's iconic quote:

“No it's not your imagination. We always try to make eye contact with everyone. We love making eye contact with our fans, it's not your imagination” - Byun Baekhyun