bihahjo's


Entries About INSTAGRAM TWITTER FOLLOW DASHBOARD


welcome


credit to: @shannonqs_95 on WHI
i guess sharing my memories won't hurt anyone?

Tagboard





Followers


Old Entries



Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Header : BaekYeol+NabihahJohan

MyBrainSc 2019


Hello! Rasa macam dah lama tak update blog so here I am. So in this post I nak cerita pasal biasiswa yang boleh dikatakan one of the best ones in Malaysia, iaitu, MybrainSc. Biasiswa ni ditawarkan kepada students yang further studies dalam pure sciences-related courses. Contohnya Ijazah Sarjana Muda Sains Major Fizik/Biologi/Kimia/Matematik. Peringkat pengajian untuk biasiswa ni termasuklah degree, master dan phd. and in my case, I ambik degree. Btw ni kadar elaun untuk biasiswa mybrainsc:

Image result for mybrainsc elaun
(Sumber: Google)

Ni antara syarat untuk memohon:

  • Calon adalah warganegara Malaysia;
  • Umur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh memohon;
  • Calon memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.6 dan ke atas di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma, 1800/2400 dalam SAT, 40/45 dalam International Baccalaureate (IB) dan 4 A dalam A Level;
  • Pelajar-pelajar yang berada di semester akhir di peringkat Asasi Sains/Matrikulasi/STPM/Diploma/SAT/IB/A Level juga layak memohon; dan
  • Pelajar belum lagi menerima sebarang biasiswa / tajaan / ikatan perjanjian dari mana-mana penaja.

Biasiswa untuk degree ni bukan sahaja dibuka untuk students yang tengah study degree tau. Biasiswa ni juga dibuka untuk students yang tengah study pada peringkat asasi/matrikulasi/stpm/diploma. Honestly I baru tahu kewujudan biasiswa ni.. kalau dah lama tahu, mungkin I dah try minta masa semester 2 asasi. Tapi takpe, semua perkara ada hikmahnya. Hehe. Biasiswa ni dibuka mulai 25 Januari 2019 hingga 10 Februari 2019. So sesiapa yang nak mohon bagi sesi 2020, boleh stay alert dengan announcements untuk next year oki? oki. ini link websitenya: https://biasiswa.moe.gov.my/MyBrainSc/index.php

Proses pemilihan pemegang biasiswa Mybrainsc

Mula-mula sekali, lepas memohon, dorang akan tapis dulu berdasarkan kelayakan. then if korang berjaya selepas ditapis, korang akan disuruh untuk jawab ujian saringan (akan terima mesej daripada pihak KPM). lebih kurang ujian psikometrik tu la. Ujian ni nak test korang punya minat dalam bidang sains, and of course nak test korang punya psikologi. Masa dia suruh isi preferred occupations tu, the first thing that crossed my mind was to be a zoologist, then marine biologist. Sebab tu je occupations yang paling related to animals. Yang lain-lain tu dah tak ingat letak apa, tapi semua related to biology lah. kalau letak yang takde kaitan kan macam tiberr pula. huhu. And then, if korang berjaya lulus peringkat ujian saringan tu, (kalau tak silap) korang akan dapat lagi mesej daripada pihak KPM untuk tengok bila sesi temuduga. 

Interview Mybrainsc 2019

Tempoh temuduga untuk tahun 2019 haritu around 10 April till the 26th. Rasanya pembahagian tarikh ni dia ikut courses (maths/phy/chem/bio). I interview haritu on the 25th. Haritu I dapat sesi petang dalam pukul 2pm. I gerak dari UPM dengan my fren (naik grab) sebelum zohor, then solat kat sana je lepas dah settle bagi documents dekat kaunter pendaftaran. Masanilah korang patut ambik peluang berdoa banyak-banyak moga dipermudahkan segala urusan, moga dapat soalan senang etc. Bilik interview ada dua kalau tak silap, iaitu Bilik Mawar dan Bilik Dahlia. I punya turn was around 3pm++ kot dah lupa lol. I dapat bilik Mawar, my fren dapat bilik Dahlia. Tapi dia punya turn lambat sikit haha. So sementara tunggu giliran tu, korang kena tunggu dalam bilik menunggu yang disediakan, jangan pergi merayap nanti kena marah *ehem. Dalam bilik menunggu tu ada ramai lah geng-geng dari universiti lain yang mohon mybrainsc juga. Sumpah nervous gila sebelum masuk bilik temuduga. Bila turn I kena panggil, kena tunggu pula for about 15 minutes. sebab tunggu candidate yang sebelum I. Bila interviewer bunyikan loceng then baru boleh masuk. 

Soalan-soalan yang dikemukakan berbeza ya ikut suka panel temuduga. Ada yang bagi cakap bahasa melayu, ada yang wajib in english, ada yang boleh campur. Panel ada dua orang. So atas rezeki korang lah. I kena jawab in English. Sebenarnya masani nervousnya tahap kemuncak, sebab taknak tragedi sama berulang. Tragedi tak lepas interview my preferred course huhuhu. So bermulalah sesi temuduga tu. Ok la sebenarnya I tak ingat sangat soalan dia. Sorry :( 

Yang I ingat pun ni je:

  • Tell me about yourself
  • Why biology?
  • Do you know about the industrial revolution 4.0? *this one pasal current issue lah. I jawab je sorry taktau kikikiki... sebab memang taktau takkan nak teka pula.
  • Why the sudden decreased performance? *sebab result semester satu I <<< result asasi. so.. yeah. I jujur je kata masa semester satu I ada temporary mental breakdown sebab takdapat course yang I nak. Then I kata as for now, I'm ok with my current course. Kiranya camz nak kata hello saya dah recover and akan comeback!!! Lepastu the interviewer tanya target I berapa untuk sem 2. Marilah kita berhuhuhu. Results day is in 2 days, so we'll see I berjaya ke tak capai target. Ok nervous.
  • What's your hobby? *Yang ni I cakap je blogging (don't wanna sound cliche), lepastu  salah sorang daripada panel temuduga tu macam berminat gila ingat I famous or stg :") I wish, ma'am.
  • Did you join any sports? I jawab basketball je sebab lupa pasal archery lewls.
My fren kena soal pasal rukun negara. And ada juga my fren kena soal pasal monorail kot? yang pasti current issues tu random je dorang pilih. Compared to other interviews, I rasa interview dengan Mybrainsc ni cam rilek je sebab panel temuduga and staffs semua baik sangat. Dorang tak akan pressure ataupun psiko korang in shaa Allah. Lepas turn I habis, I tunggu turn my fren, then lepastu balik ke UPM lepas dah siap semua. Allah je tau masatu betapa leganya sebab dah lepas interview. Oh ya. Bangunan Kementerian Pendidikan Malaysia cantik sangat macam Hogwarts!


Related image

(Sumber: Wikipedia)

And then.. lepas tunggu dalam 4 bulan, keputusan temuduga dikeluarkan. I dapat text message daripada pihak KPM around 8pm on 3rd August 2019, tapi I check pukul 9pm sebab tak perasan. Then tengok emel.. YA ALLAH. ALHAMDULILLAH. Rezeki Allah bagi, I berjaya dapat MybrainSC. Betul lah rancangan Allah ni betul-betul hebat. He knows what's the best for us. Dia dah susun baik-baik, cantik-cantik. So kalau korang rasa macam dah lose hope in almost everything, sabar. Doa banyak-banyak, in shaa Allah Allah bantu. Buat solat hajat selalu, baca al-quran (specifically al-waqiah & al-mulk) setiap hari. Believe in the power of Du'a :) He listens. Sekarang ni dalam proses nak hantar borang terima tawaran. Moga dipermudahkan segala urusan. Doakan ye! And goodluck untuk sesiapa yang nak mohon next year! You can do it!