bihahjo's


Entries About INSTAGRAM TWITTER FOLLOW DASHBOARD


welcome


credit to: @shannonqs_95 on WHI
i guess sharing my memories won't hurt anyone?

Tagboard

Hi
chin up, keep your heads up!




Followers


Old Entries



Credits


Basecode/Template : AtinTory .
Editor : Leya Yeolly
Header : BaekYeol+NabihahJohan

I'm officialy out!



Macam takcaya je dah nak masuk 18. Dulu excited sangat nak habis sekolah. And now I am here, officially out of high school life. Rindu valiant. Tahun lepas, masa dapat tawaran ke SM Sains Kuala Terengganu (SESTER), sumpah tak jangka langsung. Dengan result PT3 7A1B1C, Alhamdulillah. Memang rezeki Allah bagi sebab aku memang tak request pun nak masuk SBP, tuptup dapat. First three months, homesick (yang teruk) dengan aku memang takleh nak pisah. Sangat hampir dengan nak pindah. Surat segala dah dibuat, tapi Cikgu Fauzi tak nak terima selagi tak pegi sesi kaunseling 3 kali dengan Cikgu Nurlina& Cikgu Lotfiah. Cikgu-cikgu SESTER memang banyak ubah persepsi aku. Mujur berubah hati, pastu tak jadi pindah. Pastu baru dapat kawan ramai sikit lah daripada takde. Aimi, Izzati & Nadhirah. Memang takdapat nak nafikan, aku memang takreti buat kawan. Buat semua benda jadi awkward. Kalau aspura tu, memang semua tak kenal kecuali classmates sendiri. Teruk kan? Yep. Dan aku menyesaaaaal.

Tahun ni dah reti jadi diri sendiri. Dah tak awkward! Almost semua orang aku boleh bawa gurau. Yang dulunya aku ingat garang tak kena tempat, rupanya manja & friendly je. Aku sendiri kena label 'sombong' tahun lepas. Aku tau je hahahaha. Tapi tu la, bukannya sombong.... aku pemalu orangnya (yucks) Lama-lama boleh je sesuaikan diri, cuma kena reti cari kawan. Surround yourself with positive vibes. Last three months, nawaitu baru nak tukar. Niat nak belajar kerana Allah dan ibu bapa. Diri sendiri pun. Lepastu baru dah tak homesick, ilmu Alhamdulillah senang nak hadam. Sekarang, rindu sekolah macam apa dah. 

Untuk form4 2017 yang dapat offer SESTER nanti, goodluck berhadapan dengan junior kitorang, FOVEROS. SESTER ni SBP terkecil kat Malaysia ni, tapi banyak kelebihannya jugak. Korang akan rapat dengan cikgu-cikgu sebab cikgu SESTER baik-baik hehehe. Tapi dalam baik tu ada tegasnya. Masuk keluar bilik guru banyak kali pun takjadi masalah, asal tujuannya untuk tanya cikgu lah. Asrama SESTER pun bukannya sistem dormitory, tapi sistem bilik. Satu bilik dua orang. Sangat convenient. Lepastu takde lights off. Tapi taktaulah kalau 2017 lain pulak sistemnya. Satu batch tu beberapa puluh orang je, tak sampai pun 100. Jadi korang akan kenal sama sendiri dengan lebih mendalam, sebab tu je orang yang korang akan jumpa tiaptiap hari. Ok tu jelah kot, bye bye.